Silat Chekak Silat Papan Sekeping
Silat Chekak Silat Papan Sekeping
  • 26
  • 275 556
Perutusan Hari Raya Eidulfitri 2022 1 Syawal 1443
Perutusan Hari Raya Eidulfitri 2022 1 Syawal 1443
ﺑﺴﻢﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﺼﻼ ﻡﻋﻠﻰ ﺭﺳﻮﻝﺍﻟﻠﻪ
ﺍﻟﻠﻬﻢﺻﻞﻭﺳﻠﻢﻋﻠﻰ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰﺍﻟﻪﻭﺻﺤﺒﻪﻭﺳﻠﻢ
Selamat Hari Raya Eidulfitri 1 Syawal 1443.
Kehadiran 1 Syawal Al Karim membawa kegembiraan kepada seluruh umat Islam.
Eidulfitri ertinya kembali kepada kesucian fitrah, iaitu kembali suci sepertimana pada kejadian yang awal setiap manusia di jadikan.
Maka berbahagia orang yang berjaya berpuasa di bulan Ramadhan dengan iman dan takwa yang ikhlas kepada Allah. Dengan keredaan Allah jua akan terpelihara daripada kejahatan. Insya Allah.
Begitu Allah maha Kaya lagi maha Mulia mengurniakan kemuliaan kepada manusia.
Jangan pula kita lalai bahawa semua nya adalah sedang dalam perjalanan menuju akhirat. Maka untuk keselamatan dan kesejahteraan, hendaklah bersungguh sungguh dijalan yang lurus iaitu jalan mereka yang Allah telah kurnia rahmat atasnya, bukan jalan kena marah dan bukan jalan mereka yang sesat. Sepertimana bacaan doa di dalam Al Fatihah ....
ﺍﻫﺪﻧﺎﺍﻟﺼﺮﺍﻁﺍﻟﻤﺴﺘﻘﻴﻢ
ﺻﺮﺍﻁﺍﻟﺬﻳﻦﺍﻧﻌﻤﺖﻋﻠﻴﮩﻢ ﻏﻴﺮﺍﻟﻤﻐﻀﻮﺏﻋﻠﻴﮩﻢﻭﻻﺍﻟﻀﺎﻟﻴﻦ
Eidulfitri 1 Syawal adalah sebagai tapak permulaan setiap diri muslim meneruskan tugas ketaatan kepada Allah dengan melakukan lagi perbuatan perbuatan yang wajib dan yang sunat sebagai ibadat khusus bagi setiap orang yang mengaku Islam dan yang umum dalam kehidupan seharian sebagai amal soleh mengikut syariat Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w serta para sahabat.
Lihat lah pada diri sendiri, kesan berpuasa dengan iman dan takwa yang ikhlas kepada Allah semata, iaitu menahan anggota jasmani dan rohani.
Dapatkah terus menahan anggota jasmani dan rohani daripada kejahatan atau kemungkaran setelah diri nya dibersihkan melalui ibadat puasa dan ibadat ibadat lain di bulan Ramadhan.
Maksud sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Semua anak Adam melakukan dosa. Sebaik baik orang yang berdosa itu ialah orang yang bertaubat dan jangan kamu melampaui batas".
ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﻭﻟﻠﻪﺍﻟﺤﻤﺪ
ﺍﻟﻠﮩﻢﺻﻠﻰﻋﻠﻰﻣﺤﻤﺪﻭﻋﻠﻰﺍﻟﻪﻭﺻﺤﺒﻪﻭﺳﻠﻢ
Ramai manusia belajar ilmu ilmu bertujuan untuk kebaikkan hidup di dunia tetapi ramai juga yang lalai tidak belajar ilmu bertujuan untuk kebaikkan hidup di akhirat sepertimana kata ulama' terdahulu "telah lahir ahli ibadat yang jahil dan telah lahir ulama' yang jahat".
Setiap apa pekerjaan yang hendak dikerjakan, mesti belajar ilmu nya bersungguh sungguh. Jika dikerjakan tanpa ilmu atau tidak belajar hanya ikut ikut, tentu tidak akan sempurna atau terus rosak.
Maksud Firman Allah surah An Nisa' ayat 123 dan 124 : "bukan angan angan kamu dan bukan angan angan Ahli Kitab, barangsiapa mengerjakan kejahatan akan dibalas dengan itu dan tidak ia akan dapat selain dari Allah seorang pelindung dan tidak juga penolong".
"Dan barangsiapa mengerjakan kebaikan kebaikan lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman, mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya dizalimi walau sedikit pun".
Sesungguhnya ilmu adalah sebagai imam.
Apa yang dikerjakan itu sebagai makmum.
Ilmu menjadi teman semasa sunyi dan menjadi sahabat semasa susah.
ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﻭﻟﻠﻪﺍﻟﺤﻤﺪ
Selamat Hari Raya Eidulfitri.
Semoga Allah menerima amal kami dan amal tuan puan.
Insya Allah.
Tabib M.Soleh Hussin
Guru Utama dan Presiden
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia
~~~~~~~~~~~
Laman Rasmi : www.silatpapansekeping.org.my
FB Pages : pscspsm
"Menjana Jatidiri & Berakhlak Tinggi"
Переглядів: 406

Відео

Pertunjukan Penerangan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Sempena 10 Tahun PSCSPSM
Переглядів 1,4 тис.2 роки тому
Pertunjukan Penerangan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Sempena 10 Tahun PSCSPSM Pada 6 Februari 2022 bersamaan 4 Rejab 1443H telah disempurnakan Pertunjukan Penerangan Silat Chekak Silat Papan Sekeping yang berlangsung di ASTAKA Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Majlis Makan Malam Sempena HARI TENAGA PENGAJAR 10 TAHUN PSCSPSM dan MAJLIS KONVOKESYEN KE 2
Переглядів 6272 роки тому
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA HARI TENAGA PENGAJAR 10 TAHUN PSCSPSM DAN MAJLIS KONVOKESYEN KE 2 Perayaan sempena Sambutan 10 tahun PSCSPSM telah diadakan bertempat di The ACRE, Puchong Selangor pada 5 Februari 2022 bersamaan 3 Rejab 1443H. Majlis yang dihadiri oleh ahli Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping dari seluruh pelusuk Tanah Melayu disempurnakan bersama 3 tokoh masyarakat dari kalan...
PERUTUSAN EID UL FITRI 1442H | 2021
Переглядів 4523 роки тому
PERUTUSAN EID UL FITRI 1442H|2021 Tabib Mohd Soleh Hussin Guru Utama dan Presiden Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh dunia Islam khasnya buat ahli Chekak Silat Papan Sekeping dan ahli Cekak seluruhnya serta warga Silat Nusantara. Semoga Allah menerima amal kami dan amal tuan puan Insyaa Allah Dari mata turun kehati, Tak kenal maka ta...
Sambutan Hari Tenaga Pengajar Ke-9 2021 PSCSPSM Secara Virtual (Maya)
Переглядів 1,9 тис.3 роки тому
Sambutan Hari Tenaga Pengajar Ke-9 2021 Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia PSCSPSM - Secara Virtual (Maya) Sedutan Ucapan Perasmian dan Amanat Tabib Mohd Soleh Hussin Guru Utama dan Presiden PSCSPSM ~Puisi Cinta~ tak kenal maka tak cinta apa guna bercinta jika tidak setia cinta Rasulullah beroleh cinta Allah cinta guru ialah cinta ilmu cinta ibu bapa beroleh cinta Maha Pencipt...
PERUTUSAN EID UL FITRI 1441/2020
Переглядів 4964 роки тому
PERUTUSAN EID UL FITRI 1441/2020 Tabib Mohd Soleh Hussin Guru Utama dan Presiden Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia Dari mata turun kehati, Tak kenal maka tak cinta, Lain dimulut lain dihati, Adat berkasih hendaklah setia. Terima Kasih, Menonton. Laman Rasmi : www.silatpapansekeping.org.my FB Pages : pscspsm
Hari Tenaga Pengajar 2020 1441 | PSCSPSM
Переглядів 1,5 тис.4 роки тому
02 02 2020 / 1441 Hari Tenaga Pengajar PSCSPSM Ucapan Perasmian oleh Guru Utama dan Presiden Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia. Dari mata turun kehati, Tak kenal maka tak cinta, Lain dimulut lain dihati, Adat berkasih hendaklah setia. Terima Kasih, Menonton. Laman Rasmi : www.silatpapansekeping.org.my FB Pages : pscspsm
Demo Persembahan Silat Chekak @ Denai Alam Recreational Club (DARC) U16 Shah Alam
Переглядів 3 тис.4 роки тому
Demo Persembahan Silat Chekak Silat Papan Sekeping @ Denai Alam Recreational Club (DARC) U16 Shah Alam. Demonstrasi Persembahan Silat Chekak Silat Papan Sekeping (PSCSPSM) Sempena Sambutan Hari Melaysia Ke-56 dan Hari Merdeka Ke-62. JPKRT U16 Zon Shah Alam & MPP Zon Shah ALAM. Tempat: Denai Alam Recreational Club (DARC) U16 Shah Alam. Tarikh: 16 September 2019 Dari mata turun kehati, Tak kenal ...
Wacana ATMA PSCSPSM di Auditorium Pusat Siswazah UKM Bangi pada 2Mac2019
Переглядів 4,3 тис.5 років тому
Siri Wacana ATMA Seni Silat Melayu: Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia. Sabtu | 2 Mac 2019 | 9.30 Pagi Auditorium Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Majlis Berbuka Puasa PSCSPSM Dan Sumbangan Hari Raya 2018
Переглядів 5716 років тому
Majlis Berbuka Puasa Serta Sumbangan Hari Raya di Rumah Persatuan BTP, Rawang dan di Sungai Petani, Kedah. Semoga amal kami dan amal kamu diterima Allah. Dari Mata Turun Kehati, Tak Kenal Maka Tak Cinta, Lain Dimulut Lain Dihati, Adat Berkasih Hendaklah Setia. [Artikel Penuh Klik Link Di Bawah] www.silatpapansekeping.org.my/index.php/81-features/165-perutusan-hari-raya-eidul-fitri-1439-hijrah L...
MAJLIS SULUNG PUTRAJAYA PSCSPSM
Переглядів 8556 років тому
MAJLIS SULUNG PUTRAJAYA PSCSPSM
Silat Chekak Silat Papan Sekeping Vs Rukun Tertangga Vs SRS Sg.Isap Kuantan
Переглядів 7 тис.7 років тому
Silat Chekak Silat Papan Sekeping Vs Rukun Tertangga Vs SRS Sg.Isap Kuantan
Silat Chekak Silat Papan Sekeping @ Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti-Daerah Kuantan
Переглядів 3,2 тис.7 років тому
Silat Chekak Silat Papan Sekeping @ Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti-Daerah Kuantan
Silat Chekak Silat Papan Sekeping @ Skuad 86 Juara Keseluruhan-Hari Sukan Negara-Daerah Jerantut
Переглядів 4,9 тис.7 років тому
Silat Chekak Silat Papan Sekeping @ Skuad 86 Juara Keseluruhan-Hari Sukan Negara-Daerah Jerantut
DEMO PERSEMBAHAN SILAT CHEKAK | SKUAD 86 PSCSPSM | FELDA SG. TEKAM GETAH 2013
Переглядів 8 тис.10 років тому
DEMO PERSEMBAHAN SILAT CHEKAK | SKUAD 86 PSCSPSM | FELDA SG. TEKAM GETAH 2013
DEMO PERSEMBAHAN SILAT CHEKAK | SKUAD 86 PSCSPSM | FELDA RENTAM 2013
Переглядів 6 тис.10 років тому
DEMO PERSEMBAHAN SILAT CHEKAK | SKUAD 86 PSCSPSM | FELDA RENTAM 2013
DEMO PERSEMBAHAN SILAT CHEKAK | SKUAD DEMO 86 PSCSPSM | FESTIVAL RAKAN MUDA IM4U
Переглядів 8 тис.10 років тому
DEMO PERSEMBAHAN SILAT CHEKAK | SKUAD DEMO 86 PSCSPSM | FESTIVAL RAKAN MUDA IM4U
DEMO PERSEMBAHAN SILAT | SKUAD 86 (PSCSPSM) | KAFA Kuala Kangsar 2013
Переглядів 9 тис.11 років тому
DEMO PERSEMBAHAN SILAT | SKUAD 86 (PSCSPSM) | KAFA Kuala Kangsar 2013
DEMO SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING (PSCSPSM) | PUCHONG-OKT 2012
Переглядів 198 тис.11 років тому
DEMO SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING (PSCSPSM) | PUCHONG-OKT 2012
DEMONSTRASI SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING
Переглядів 8 тис.12 років тому
DEMONSTRASI SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING

КОМЕНТАРІ